Apa Itu Mymi1 International?

M1 Global Sdn Bhd(1145697-X) adalah sebuah Syarikat berdaftar di Malaysia. Produk utama adalah Sistem Perisian Digital MyMi1 yang membolehkan pengguna membayar bil dan tambah nilai pra bayar telefon secara atas talian(online).
Founder Mi1 Global Sdn Bhd adalah Dato Dr KC Lim, pengerusi adalah Dato Mustapha Taib dan Pengarah Pemasaran Tuan Azhari Abdullah.

 
Datuk Mustapha Bin Taib

  • 1974-1978 Pensyarah di Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri Kelantan
  • 1981-1995 Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur
  • 1996-1998 Pengarah Dakwah di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM)
  • 2001 Dilantik sebagai panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia(JHEK)
  • 2005 Dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jasa Malaysia
  • 2007-2014 Dilantik oleh YB Dato' Seri Mustapha Mohamed sebagai Pegawai Khas Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertanian dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industr

       ANUGERAH
  • PJN Panglima Jasa Negara membawa gelaran "Datuk" dari keBawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong pada 5 Jun 2002 sempena Hari Keputeraan Baginda
  • INSPEK-Sebagai Pemegang Amanah

                                                                 Dato' Dr. KC Lim

  • menjalankan perniagaan Reload Kredit Internasional secara kecil-kecilan bermula dari tahun 2010
  • pada bulan Februari 2015 Mi1 Global Sdn Bhd dilancarkan secara rasmi dengan modal yang besar untuk membangunkan One Stop Centre yang merangkumi sistem penjualan reload kredit, servis pembayaran bil dan lain lain
  • bermula di Malaysia dalam tempoh 6 bulan beroperasi Mi1 Global Sdn Bhd telah memasuki 3 negara dan akan terus berkembang ke negara lain di Asia dalam tempoh kurang dari 1 tahun

Konsep Perniagaan MyMi1 

1. Menyediakan perkhidmatan voucher tambah nilai (TC) mudah alih antarabangsa untuk syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan utiliti yang lain.

2. Konsep pemasaran rangkaian untuk berkongsi keuntungan dengan semua ahli MyMi1 dan memberi hadiah atas usaha gigih membina rangkaian sebagai galakan dan motivasi kepada semua ahli.

3. Apabila ahli membeli Kredit tambah nilai (TC) secara atas talian(online) dari Sistem Digital MyMi1 untuk kegunaan sendiri atau pelanggan keuntungan dari urusniaga tersebut akan dikongsi semula kepada ahli.

4. Konsep pemasaran syarikat adalah Unilevel Marketing(ULM) dan bukan MLM. Ini bermakna sesiapa yang rajin menaja akan mendapat semua bonus dan upline tidak mendapat apa-apa sekadar mata pv sahaja. Siapa di atas siapa di bawah tidak penting. Anda buat anda dapat. Mudah dan adil kan?

Bagaimana untuk menjadi ahli mymi1.

1)Sesiapa pun boleh mendaftar di Mymi1 International dengan syarat berumur 18 tahun keatas dan tinggal di negara-negara ini :

Malaysia,Indonesia,Thailand,Singapura,Brunei,China,Vietnam dan Cambodia

2) Langkah seterusnya ialah memilih 5 Pakej Penjimatan Terhebat di bawah ini:

Produk ini dijual mengikut pakej yang ditawarkan oleh syarikat dari RM420 sehingga RM21,000. Berikut disenaraikan harga pakej yang ditawarkan :

1 . BRONZE PAKEJ " RM420 "
● dapat free rebet RM30 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM12.90 setiap 10 hari dan dibayar selama 50 kali . RM12.9 × 50 kali = RM645
● total RM645 + RM30 = RM675.

2 . SILVER PAKEJ " RM1,120 "
● dapat free rebet RM60 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM33 setiap 10 hari dan dibayar selama 60 kali . RM33 × 60 kali = RM1980
● total RM1,980 + RM60 = RM2,040.

3 . DIAMOND PAKEJ " RM4,445 "
● dapat free rebet RM200 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM129 setiap 10 hari dan dibayar selama 60 kali . RM129 × 60 kali = RM7,740
● total RM7,740 + RM200 = RM7,940.

4 . PLATINUM PAKEJ " RM11,550"
● dapat free rebet RM300 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM384 setiap 10 hari dan dibayar selama 65 kali . RM384 × 65 kali = RM24,960
● total RM24,960 + RM300 = RM25,260.

5 .VIP PAKEJ " RM21,000 "
● dapat free rebet RM600 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM765 setiap 10 hari dan dibayar selama 70 kali . RM765 × 70 kali = RM53,550
● total RM53,550 + RM600 = RM54,150.

Pendapatan Pasif

Sebagai ahli MyMi1, anda layak mendapat rebet tc setiap 10 hari, anda boleh menggunakan rebet tc tersebut untuk pembayaran bil, pembelian prepaid dan pelbagai lagi. Anda boleh memilih untuk kegunaan sendiri, boleh menjual rebet kepada sesiapa sahaja. Caranya hanya masukkan no telefon dan jumlah yg ingin dibeli. Untuk bil masukkan no akaun bil dan jumlah yg ingin dibayar.Untuk Postpaid masukkan no. telefon dan jumlah yang ingin dibayar. Mudah dan cepat, semua di hujung jari(online). Anda dapat membayar bil dan top up seperti berikut :

1) Bil TNB
2) Bil ASTRO
3) Bil postpaid Celcom,Digi, Maxis,Umobile,RedOne
4) Top up prepaid Celcom,Digi,Maxis,Umobile,Xox,Tunetalk,Altel untuk Malaysia
5) Top up prepaid Indosat,Telkomsel,XL,Axis,Ceria,Three untuk Indonesia
6) Top up prepaid AIS, DTAC,True Move untuk Thailand
7) Top up prepaid di Vietnam, Bangladesh, Brunei, Singapura dan Cambodia.
8) Bil Unifi TM
Loan kereta dan loan ASB masih dalam perancangan.

Anda boleh mengakses sistem digital MyMi1 melalui smartphone, lap top, pc, tablet atau apa saja gajet yang mempunyai capaian internet.
Sebagai ahli, anda juga boleh memilih untuk kegunaan sendiri atau dijadikan bisnes one stop centre untuk topup dan pembayaran bil dengan mendapat rebet tc setiap 10 hari (pasif income).

Pendapatan Aktif

Sekiranya ingin bergerak aktif sebagai networker dengan memperkenalkan MyMi1 kepada orang lain dan membuat penajaan, pelbagai insentif (aktif income) diberikan oleh syarikat iaitu :

1. ENTERTAINMENT BONUS 5%
Bronze = Rm12.00
Silver = Rm30.00
Diamond = Rm120.00
Platinum = Rm300.00
VIP. = RM600.00

2. SPONSOR BONUS 8%
Bronze = Rm19.20
Silver = Rm48.00
Diamond = Rm192.00
Platinum = Rm480.00
VIP = RM960.00

3. PAIRING BONUS 10%
Bronze = Rm24
Silver = Rm60
Diamond = Rm240
Platinum = Rm600
VIP = RM1,200

* Max pairing perday :-

Bronze 25usd x 3 = Rm75

Silver 50usd x 3 = Rm150

Diamond 400usd x 3 = Rm1200

Platinum 1000usd x 3 = Rm3000

VIP 2000usd x 3 = Rm6000.

4. MATCHING BONUS 18%

1. Bronze (Rm0.45×50kali =Rm22.50)

2. Silver (Rm1.15×60kali=Rm69.00)

3. Diamond (Rm4.50×60kali=Rm2700)

4. Platinum (Rm13.50×65kali=Rm877.50)

5. VIP (Rm27×70kali = 1890.00).

Syarikat juga memberi hadiah bagi ahli yang mencapai point pv tertentu. Setiap pakej yang disertai oleh tajaan anda mempunyai pv seperti berikut :

1. Bronze - 72 pv
2. Silver - 180 pv
3. Diamond - 720 pv
4. Platinum - 1,800 pv
5. Vip - 3,600 pv

Bila point pv terkumpul di bawah anda iaitu sebelah kanan dan kiri anda mencapai nilai pv tertentu, syarikat bersetuju menghadiahkan kepada anda seperti berikut :

kanan anda....kiri anda
6,000 pv..........6,000 pv
Asus Zenpad 7.0 bernilai RM800

kanan anda....kiri anda
25,000 pv.......25,000 pv
Samsung Note 5 bernilai RM3,000

kanan anda..........kiri anda
100,000 pv..........100,000 pv
Jam Rolex bernilai RM30,000

kanan anda.........kiri anda
300,000 pv..........300,000 pv
Kereta bernilai RM70,000

kanan anda.........kiri anda
900,000 pv..........900,000 pv
Kereta mewah bernilai RM240,000

kanan anda......kiri anda
2,000,000 pv....2,000,000 pv
Rumah bernilai RM500,000

Hadiah berupa pakej percutian dan pelancongan tertakluk kepada penilaian syarikat.

Bukan itu sahaja, syarikat juga mewujudkan e-mall di mana sebahagian bonus atau insentif dari penajaan akan dimasukkan ke dalam mall point(MP). Mall point tersebut boleh digunakan untuk menebus barangan berupa aksesori telefon, hand bag dan pelbagai barangan lagi yang disediakan oleh syarikat. Item ini ditambah dari masa ke semasa dan info mengenainya dihebahkan dalam sistem digital MyMi1.

Inilah yang menjadi impian setiap ahli MyMi1. Namun begitu sebagai ahli, anda juga boleh menjadi `sleeping partner' iaitu menggunakan sistem MyMi1 untuk guna sendiri, jimat sendiri dan untung sendiri. Tiada paksaan dalam MyMi1 dan setiap 10 hari anda berhak menerima rebet tc mengikut pakej yang dibeli. Anda tidak perlu maintain apa-apa, tidak perlu ruang menyimpan produk, tidak perlu membayar kos-kos tersembunyi dan sebagainya. Sit and relax dan tunggu rebet masuk setiap 10 hari.

Unit USD Dalam Sistem MyMi1

Perlu saya ingatkan, oleh kerana produk yang ditawarkan adalah dalam bentuk baucer kredit international, angka dalam RM adalah bagi tujuan ringkasan pemahaman. Ini kerana produk ini juga boleh dibeli di negara asia yang lain menggunakan matawang masing-masing, syarikat menetapkan standard nilai rebet atau top up credit(tc) dalam sistem MyMi1 adalah dalam unit us dollar(usd). Ini perlu bagi menyeragamkan sistem kepada satu standard yang diterima seluruh dunia dan bersifat global.
Nilai rebet sekiranya ditukarkan kepada RM adalah bergantung kepada keadaan ekonomi semasa di Malaysia dan syarikat akan membuat pemberitahuan dari masa ke semasa. Buat masa ini syarikat menetapkan bagi urusan pembayaran bil, pembelian top up dan sebagainya adalah RM10 = 3.4 tc manakala bagi tujuan mendapatkan tunai, rebet tc yang ingin dicairkan di bank tempatan dikali dengan 3 dan pengeluaran ini pada tarikh 1hb dan 16hb dalam bulan tersebut. Sebaiknya 3 hari sebelum tarikh tersebut boleh dipindah dari e-wallet sistem ke akaun bank masing-masing. Pengeluaran mestilah nilai rebet 100 tc ke atas. Untuk pendaftaran ahli baru pula, tc dalam sistem adalah didarab dengan 3.5 untuk mengetahui nilai dalam RM.
Saya amat menitik berat akan hal ini sebab ada sebahagian yang baru menyertai MyMi1 merasa keliru dan tidak sama seperti yg diiklankan. Walaupun hal ini boleh dijelaskan kemudian sebaik menyertai MyMi1, namun bagi saya ada baiknya dijelaskan dahulu dan memang sebagai ahli bertanggungjawab memberi penjelasan sama ada kepada yang belum atau sudah menyertai MyMi1.

3)Pendaftaran Ahli

Ada beberapa cara pendaftaran ahli baru. Setelah menentukan pakej mana yang ingin dibeli, peserta boleh membayar kepada ahli yang memperkenalkan MyMi1 tersebut dan diberikan butiran pengenalan seperti berikut:

1. Nama penuh
2. No k/pengenalan
3. Alamat beserta poskod
4. User name yg sesuai
5. No telefon
6. Kerakyatan/warganegara

Wang yang dibayar mengikut pakej dikehendaki boleh melalui tunai kepada penaja atau bank-in ke akaun penaja. Seterusnya penaja akan membeli Register Wallet(rw) sebanyak 50% harga pakej manakala baki yang separuh lagi adalah cash point(cp) penaja itu sendiri. RW dan CP juga terdapat dalam sistem MyMi1 dan digunakan untuk pendaftaran ahli baru.
MyMi1 adalah perniagaan netwoking atau jaringan. Semua ahli MyMi1 mempunyai jaringan masing-masing dan ini memudahkan proses pendaftaran. Kalau semua pendaftaran melalui HQ, sesaklah kaunter HQ. Biasanya proses pendaftaran tidak mengambil masa yang lama, semuanya online kecuali bagi yang ingin membeli banyak pakej yang besar-besar, ketua atau leader jaringan tersebut akan menguruskan pendaftaran tersebut.
Selesai sahaja pendaftaran, ahli baru tersebut akan menerima:

1. Perisian Digital Sistem MyMi1
2. free rebet tc pakej tersebut
3. Password log in
4. Password trx

Password trx digunakan untuk mengesahkan semua transaksi yang dibuat dalam sistem MyMi1 seperti pembelian topup, pembayaran bil dan lain-lain.

Hari pendaftaran tersebut belum dikira lagi sebagai hari pertama untuk kiraan rebet tc setiap 10 hari. Keesokkannya baru dikira sebagai hari pertama sebagai ahli MyMi1.

Aliran Tunai Syarikat

Bagaimana syarikat mampu memberi insentif, hadiah dan rebet tc yang menguntungkan ini. Saya akan membongkar rahsia syarikat membuat keuntungan daripada penyertaan anda :

1. Bila syarikat membeli secara pukal (TC) dari Telco provider seperti
- Celcom, Digi, Maxis, TuneTalk, Umobile, XOX dll...,
- atau secara pukal pay in advance kepada syarikat perkhidmatan seperti TNB, Astro & Telekom Malaysia,
disini syarikat telah mendapat keuntungan rebate tc sebanyak 15% dari nilai yg dibelanjakan.

2. Bila TC ini dijual atau diagihkan kepada ahli, syarikat membuat keuntungan lagi dengan kadar 7~10%.

3. Bermakna 25% keuntungan syarikat. Sebahagiannya diagihkan kepada ahli menjadi profit sharing

Semua ini memerlukan syarikat menjalinkan atau membuat MOU dengan syarikat-syarikat perkhidmatan tadi dengan melaburkan wang yang banyak. Bukan senang untuk membuat MOU dengan syarikat-syarikat gergasi terbabit kecuali syarikat benar-benar kukuh dari segi kewangan dan pengurusan.

Misi Dan Halatuju Syarikat


Mi1 Global Sdn Bhd adalah satu entiti perniagaan yang amat kukuh dan memperolehi keuntungan berjuta-juta setiap bulan hanya dengan menyediakan perkhidmatan bersepadu bagi topup dan pembayaran bil. Syarikat Maxis sendiri mendapat keuntungan sebanyak 2 billion sepanjang tahun 2015 yang lalu. MyMi1 dijangka akan mengatasi semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terdapat di Malaysia sedikit masa lagi.
MyMi1 akan melancarkan sim kad sendiri tidak lama lagi. Iklan di kaca tv akan dibuat setelah menentukan artis yang sesuai sebagai duta produk MyMi1 dengan kos permulaan sebanyak RM 2 juta.

Ada 3 Projek besar Mi1 Global Sdn Bhd dan ada antaranya sudah dibuat iaitu :

1. Program Francais produk MyMi1 dan e-mall terbesar Asia

2. Talian mudah alih MyMi1 dengan konsep 1 Simkad 1 Asia

3. Projek usaha sama banyak negara di asia dalam pemasangan menara pemancar yang menelan belanja berbillion ringgit.

Anugerah Dan Pengiktirafan


Inilah kekuatan yang terdapat pada syarikat Mi1 Global Sdn Bhd dan banyak anugerah diperolehi bermula 6 jun 2015 sehingga kini terutama kepada Founder MyMi1 sendiri iaitu Dato Dr KC LIM :

1. Anugerah Doctor of Philosophy in Entrepreneurship oleh Camden University of America

2. MyMi1 menjadi rakan niaga kepada Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia. Ini menjadikan Mi1 Global Sdn Bhd setaraf dengan syarikat penyedia telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain. Ia juga menjamin hak-hak pengguna seperti mana yang terdapat pada syarikat telco yang lain. Anda boleh rujuk di http://www.lpkpm.org.my

3. Mendapat perhatian dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan diberi status VIP kepada syarikat Mi1 Global Sdn Bhd. Setiap projek yang dilaksanakan oleh syarikat diberi keutamaan sama ada projek dalam atau luar negara.
Ini sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan MyMi1 disenaraikan sebagai perniagaan tidak sah. Senarai palsu yang tersebar di laman sosial dan group whatsapp sedikit sebanyak mengelirukan ramai orang. Anda boleh merujuk senarai unauthorized busines yang dikeluarkan oleh suruhanjaya security di link :
http://www.sc.com.my/list-of-unauthorised-websites-investm…/

4. Dianugerahi Darjah Kurnia Setia Kerajaan Negeri Perak yang membawa gelaran Dato. Ini adalah kerana atas usaha Dato Dr KC Lim melahirkan ramai usahawan dan seterusnya mendapat perkenan Duli Yang Amat Mulia Raja Perak.

Saya menawarkan satu alternatif penerangan yang panjang lebar bagi orang yang tidak dapat menerima konsep “join dulu baru faham". Saya faham keadaan ekonomi sekarang yang menjadikan orang agak berhati-hati menyertai program sebegini. Saya berharap penerangan ini mampu menembusi rasa takut mengeluarkan sejumlah wang untuk bersama MyMi1.
MyMi1 bukan skim cepat kaya, bukan skim pelaburan, bukan money game atau main kutu haram. Apa yang dibawa oleh MyMi1 adalah berkonsepkan pembelian secara pukal tc dengan syarikat penyedia perkhidmatan dan mendapat keuntungan apabila ahli mengguna kembali tc tersebut untuk top up dan pembayaran bil. Sebahagian keuntungan ini diagihkan kembali kepada ahli dan konsepnya sama seperti jual beli biasa antara pemborong, peruncit dan pengguna secara atas talian.

MyMi1 berkembang dengan pantas dan penajaan baru berlaku di sana sini setiap hari. Setiap kali preview sentiasa penuh. Table talk, media sosial dan group whatsapp sentiasa meriah dengan program pengguna bijak MyMi1. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di negara asia yang lain, sambutan terhadap MyMi1 amat menggalakkan.

Antara cawangan Mi1 Global Sdn Bhd adalah di Jakarta Indonesia, Bangkok dan Haadyai di Thailand, manakala MyMi1 telah menembusi pasaran di Singapura, Brunei dan sedang memasuki pasaran Myanmar dan China. Sistem Digital MyMi1 sudah mula diterima oleh kebayakkan negara Asia Tenggara di mana Malaysia adalah pengasas program penjimatan ini.


Source: Disalin sepenuhnya dari Facebook Jutawan Mymi1 Mohd Fadzli Yusoff





0 comments:

Post a Comment